Pada Selasa(3/5/2016) sehingga Jumaat(6/5/2016) minggu lepas saya telah mengikuti trip ke Pulau Kapas, Terengganu. Kami menjalankan aktiviti perkhemahan disana selama 3 hari..Semasa disana saya telah mencari sedikit sebanyak kajian mengenai Pulau Kapas yang sangat indah dipandang sehingga dapat melupakan segala masalah yang dihadapi.
Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang
tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana
pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai
yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut
yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.
Lokasi Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak di negeri Terengganu. Ia merupakan
sebuah pulau peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu.
Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan termasuk dalam
daerah Marang, kira-kira 18 KM dari Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari
jeti Marang ialah lebih-kurang 6 KM sahaja.
Pengangkutan ke Pulau Kapas
Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Kapas boleh menaiki
bot di Jeti Marang. Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di
Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, terdapat agensi
pelancongan yang turut menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil
pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan
ke Pulau Kapas ialah:
- Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau
- Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,
- Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu.
- Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke Jeti Marang (lebih kurang RM30.00).
- Perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM25.00 untuk pergi-balik.
Keistimewaan Pulau Kapas
Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Antara
keistimewaan Pulau Kapas ialah:
Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik
masik kekal terpelihara di Pulau Kapas.
Para penyelam skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam
di dasar laut sekitar Pulau Kapas.
Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat
mengagumkan.
Aktiviti menarik di Pulau Kapas
Beberapa aktiviti menarik di Pulau Kapas yang boleh anda
lakukan semasa percutian anda ke sana seperti:
- Mandi-manda.
- Snorkeling.
- Luncur angin.
- Berkayak
- Berkhemah.
- Menaiki bot melihat tempat-tempat menarik.
- Memancing.
- Melihat suasana matahari terbenam.
- Scuba diving.
Now, saya nak kongsikan pengalaman semasa saya di sana bersama raka-rakan saya yang mengikuti kem perkhemahan...
Dekat sini banyak pengalaman baru yang saya peroleh dari mereka semua..
Beajar menjadi seorang yang lebih yakin untuk menguruskan masalah dengan cekap dan berkesan...
I wish want day i will be a good leader one day !!!
This is me... cute x? haha.. my name Siti Nasyitoh .. you all can call me nana...
Now, saya nak tunjuk gambar saya dan group saya..semua ada 5 orang..
Gambar ni diambil sewaktu kitaorang tengah explorace....
Tapak perkhemahan tempat kami bermalam di sana....
Gambar ini diambil di hadapan tempat kami berkhemah... Kapas Coral beach Resort menawarkan pakej perkhemahan....I think you all must try it ..becouse perkhemah di tepi sangat menyeronokkan dan satu pengalaman yang sangat menarik...
Thank you for read my story and I will post another story if i'm free..
No comments:
Post a Comment