Sunday, 8 May 2016

PENGALAMAN 4 TAHUN BELAJAR DI UUM



Alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku dapat juga menyambungkan pelajar di universiti. Aku dapat menyambungkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat universiti yang berdekatan dengan rumahku. Tidaklah membebankan keluarga aku untuk mengeluarkan kos yang banyak untuk menghantar aku ke universiti seperti kawan yang lain yang tinggal jauh. Yalah, mana tidaknya rumah aku ke UUM hanyalah mengambil masa 30 minit sahaja. Pada 1 September 2015, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa UUM dengan rasminya. Semasa pendaftaran kakakku seorang sahaja yang hantar aku kerana barang aku terlalu banyak sehingga tiada tempat di dalam kereta untuk orang lain duduk. Gaya barang aku mengalahkan orang yang tinggal jauh.


Aku mendaftarkan diri di dewan Bunga Raya dan tinggal selama seminggu bagi program suai kenal pelajar baru. Semasa orentasi aku mendapat kawan semuanya  dari kedah yang tinggal berdekatan dengan UUM juga. Ramai juga kawan sekolah aku yang dapat sama kos dan sama universiti dengan aku, lebih kurang 10 orang jugalah. Rakan sebilik aku semasa suai kenal juga orang kedah yang tinggal di Gunung Keriang. Boleh dikatakan semua kawan aku di sini orang kedah, disebabkan itu mudah bagi aku nak berkomunikasi dan mudah bagi aku untuk bergaul. Orentasi selama seminggu memberi aku pengalaman dan kenangan bersama mereka yang tidak pernah aku kenali. Walaupun orang kata minggu suai kenal adalah yang membosankan tetapi bagi aku biasa sahaja. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa minggu suai kenal seperti sukaneka, senaman aerobik, permainan uji minda, dan juga lawatan ke bilik kuliah. Selesai program suai kenal kami balik ke Dewan Penginapan Pelajar (DPP) masing-masing. Berdasarkan surat tawaran aku ditempatkan di DPP Mas yang terletak di dalam yang dipanggil laluan A. 

Dulu waktu first time datang UUM untuk hantar borang permohonan, rasa kagum dengan keindahan dan pemandangan UUM. Tapi bila dah lama-lama kat sini, hmm rasa macam duduk dalam kem PLKN. Kebanyakan kawasan di UUM nih diliputi dengan kehijauan pokok-pokok. Tapi kawasan UUM nih memang sangat luas. Kalau naik motor then lalu kat Persiaran Perdana UUM, rasa macam tengah ride kat kawasan Damansara. 

Even UUM ni terletak dalam hutan sikit, tapi ada jugak lokasi-lokasi yang boleh menarik perhatian.
Kadang-kadang bila tengah jalan nak pergi kelas, nampak laa jugak student-student yang tengah seronok tangkap gambar even tengah-tengah panas. Haha. Bila aku kat UUM nih, aku suka tengok awan atau langit. Tak tahu la pasal apa. Nampak suasana awan dan langit kat sana lebih menyerlah berbanding kat tempat-tempat lain. Keindahan alam di uum buat aku terjatuh hati dengan alam semula jadinya...



For me, antara kawasan yang paling aku suka ialah area Water Fountain. Tempat nih terletak berdekatan dengan Bangunan Canselori. Kat area nih bila waktu pagi memang best sebab boleh lepak-lepak sambil makan-makan. Paling best kalau depa pasang air pancut, terasa mcm kat Tasik Darulaman pun ada. Air pancut kat sini memang cantik. Tapi tu laa, air pancut nih depa akan bukak bila ada event penting jaa contohnya mcm Konvokesyen. Kalau nak bukak saja-saja, hmm jangan harap laa. Biasa laa UUM, bab nak berjimat nombor satu.


Haa ni satu lagi tempat yang famous laa kat UUM. Nama tempat ni ialah Dewan Mu'adzam Shah atau DMAS. Dewan nih boleh dikata menjadi ikon UUM. First time masuk dewan nih waktu orientasi, memang kagum la jugak sebab dewan nih memang nampak grand. Then cuba tengok landskap kat luar dewan nih, boleh tahan hebatnya. Kat sini laa ramai orang sibuk nak ambil gambar terutamanya time konvo laa. Harap-harap, aku pun dapat laa jugak rasa konvo kat dewan nih pastu tangkap gambar kat landskap dewan nih. 



UUM pun ada stadiumnya tersendiri. Area stadium nih dikenali sebagai pusat sukan.
Walaupun stadium UUM nih tak sebesar Stadium Bukit Jalil, tapi pelbagai kemudahan ada kat sini. Kawasan pusat sukan nih pun dah cukup besar. Dalam pusat sukan nih jugak ada kolam renang and paling best sekali ada sauna. Sauna nih lebih kurang mcm tempat mandi air panas laa. Pusat sukan pun ada sediakan basikal untuk student, so boleh laa ride nak pusing satu UUM. Tu pun kalau larat laa nak pusing satu UUM. Aku pernah sekali round..letih giler dohh....



Antara yang famous tentang UUM nih jugak ialah ada litar Go Kart. Tak silap aku, UUM nih adalah universiti pertama dalam Malaysia yang ada litar Go Kart. Even aku dah 1 tahun kat sini, tapi tak pernah sekali pun aku try men go kart. Haha. Kalau untuk student, just bayar RM5 jaa pastu bleh pusing 3 round. Kira ok laa sebab litar kat sini memang besar. Ada lagi tempat sukan yang menarik contohnya padang memanah, ekuin dengan golf. Korang datangla sini..try menikmati kehidupan di UUM. Confirm korang x akan menyesal.


Hmm dekat UUM, ada 15 kolej kediaman atau kamsis. Tapi kat sini kami semua panggil DPP (dewan penginapan pelajar). Aku tinggal kat DPP MAS. DPP aku nih merupakan DPP pertama dan paling lama dekat UUM. Lokasi DPP aku nih tak berapa strategik sebab jauh dari kelas pastu jauh dari tempat makan yang menarik. Tapi Alhamdulillah, bilik DPP aku nih memang sangat luas berbanding DPP yang lain. Bilik DPP yang lain memang kecil. Cukup-cukup untuk 2 orang. Tapi bilik DPP aku luas, boleh laa untuk 3 orang. Line Wifi kat DPP aku pun memang laju berbanding DPP lain. 

Memandangkan ada 15 DPP, setiap DPP ada kafe tersendiri. Tapi tak kisah laa even dari DPP lain nak pergi makan kat DPP lain pun boleh. Selalunya, setiap cafe kat DPP ada menu istimewa. Kalau kat DPP Petronas, menu paling sedap tom yam. Memang dalam UUM nih, tom yam kat DPP Petronas nih laa paling best. Hmm kalau nak makan nasi kerabu paling best, kena la pergi DPP MISC. Nak makan murah, kena pergi DPP Proton Tapi dekat DPP aku, cafe tak berapa best. Dah la tak ada special menu, pastu mahal and tak sedap. So aku kena la merantau ke DPP lain. Lokasi setiap DPP agak jauh jugak, tapi aku tak kisah sebab ada motor. Hehe


Alright nak cita pasal akademik la sikit. Hehe. Kat UUM ada 3 buah jabatan atau kolej iaitu COB (college of business), COLGIS (college of government & international study) dan CAS (college of art & science). Aku punya course adalah under COB. 



OK.. That's all for today..hehe.. nanti ada free time aq story lagi ek...


No comments:

Post a Comment