Alhamdulillah,
masih diizinkan olehNYA untuk menaip di blog ini...
Memandangkan
baru-baru ini merupakan kemasukan para pelajar sesi 2015-2016 ke kolej-kolej
matrikulasi, diri ini terasa terpanggil untuk berkongsi tentang pengalaman
serta pahit manis sepanjang pembelajaran saya disana.
Ok.
Bukanlah nak berbangga ke hape, tapi alhamdulillah, saya mendapat pointer yang
agak cemerlang. Jujur saya katakan, saya lebih faham konsep-konsep subjek akaun
sepanjang berada di sini kerana telah belajar dari form 4. Para pensyarah di
sini juga sangat membantu dan baik-baik. Tapi kalau pensyarah saja yang
berusaha untuk memajukan murid pon tak kena jugak. Kena lah ada usaha sendiri
kan?
Seingat
saya, jadual harian saya sangat padat. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke kolej
matrikulasi Kelantan. So, korang kena reset balik mindset korang (reset
mindset?). Korang kena berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Zaman
sekolah dulu, ada satu benda yang saya tak dapat nak korbankan, iaitu TIDUR.
Ya, T.I.D.U.R. Sekarang rasa menyesal tak sudah kerana merajakan tidur daripada
belajar. Jadi, sebaik sahaja masuk ke matrik, saya mengorbankan waktu tidur
saya. Ya, saya tahu ianya tak elok dan tak sihat tapi pada saya, tidur selama 5
jam sudah lebih daripada mencukupi.
Nak
tahu jadual saya macam mana? Jom kita flashback balik!
6.00
Pagi
Bangun
tidur, gogok gigi, cuci muka and of course, kena mandilah sebab kuliah sampai
pukul lima beb. Badan nak kena segar, tak gitu? Dan jangan lupa solat. Mulakan
hari dengan solat, barulah hidup diberkati dan belajar pun lebih mudah dan
lebih faham kan? InsyaAllah...
7.15-8.00
Pagi
Kalau
rajin, turun beli sarapan kat cafe dengan kawan-kawan, kalau malas, bancuh milo
or nescaffe instant dalam bilik je. Dan jangan lupa untuk susun buku-buku ikut
jadual (ala, macam zaman sekolah jugak). Saya paling tak suka kalau tak bawa
buku or tertinggal buku, rasa macam tak best bila pinjam dengan member, sebab
buku dia, buku dialah. Buku saya, buku saya. Pendek kata, ambil sedikit masa,
ala lima minit je untuk susun buku ikut jadual, tak susah pun...Kan?
8.00-
1.00 Petang
Ha...Part
ni paling kritikal. Ada yang tersengguk-sengguk, ada yang menari-nari dalam
kuliah. Siap ada yang berdengkur lagi! Hahaha...Sebab tu perlu untuk kita
bersarapan, kasi bertenaga sikit. Bagi yang gemarkan kopi, hah, minum kopi,
kalau yang jenis minum milo, ha..minum milo. Bukan apa, kalau kita tak faham
dalam kuliah, sukar untuk kita follow up nanti, unless you all jenis yang faham
belajar tanpa cikgu. Kenapa penting untuk faham semasa kuliah? Jawapannya sebab
masa. Masa. Kalau kita faham apa yang pensyarah ajar semasa dalam kuliah, kita
akan dapat menjimatkan masa untuk ulangkaji. Maksudnya, lepas kuliah, korang
boleh terus buat tutorial or past year papers. Tak adalah kena belek satu-satu
apa yang ditulis semasa dalam kuliah. Faham kan apa maksud saya?
Hmm...Apa
lagi ya? Key point paling penting kat sini adalah tumpukan perhatian dan
aktifkan diri semasa dalam kuliah. kalau lembik, lesu, automatik kita akan kehilangan
semangat untuk belajar...ok. Next!
1.00-3.00
Petang
Durasi
masa ini pun sangat kritikal jugak. Kenapa? sebabnya, ini merupakan waktu rehat
untuk para pelajar! Yeay!!! Eh, jangan dok yeay sangatlah. Haha...Masa inilah
ramai yang balik ke bilik dan sambung tidur, dan ada yang terlepas kelas kerana
tertidur dalam bilik. Saya? Of courselah tak balik bilik sebab saya tahu kalau
saya balik bilik, saya akan tidak sedarkan diri sehingga waktu asar! So, untuk
mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku, saya lebih
rela untuk tidak balik ke bilik. So, apa yang saya buat sepanjang dua jam?
Karaoke? Shopping kat koop? gossip kat taman? Of courselah tak! Saya dan member
baik sorang ni (namanya shibrah afiqah), biasanya selepas makan tengah hari, kami
akan ke masjid. Jangan tanya apa kami buat kat masjid? Ada yang kena
lambung-lambung nanti! Haha. Selain dapat pahala solat berjemaah, boleh jugak
berkenal-kenalan dengan sahabat lain kan? Tapi saya tak nafikan kami berdua
'tertidur' dalam masjid. Opps! Tapi apa yang penting, ada orang tolong kejutkan
dan kita tolong kejutkan orang. Saling tolong-menolong antara satu sama lain
bukankah amalan mulia?
3.00-5.00
Petang
Dua
jam terakhir adalah saat-saat mencabar. Kalau pagi dah tersengguk-sengguk,
agaknya kalau petang macam mana? Berdengkurlah jawabnya! Motivasi saya
sepanjang dua jam ini adalah katil. Nasib baik pensyarah untuk kuliah saya
(kuliah tiga) sangat best (tak tahulah pandangan orang lain macam mana).
Memanglah mengantuk tahap maksima tapi alhamdulillah, setakat ini saya tak
pernah tidur dalam kuliah. Bangga rasanya!
5.00-7.00
Petang
Inilah
masa yang ditunggu oleh semua orang! Tipu kalau cakap tak. Ada yang kena
lambung nanti! Haha. Biasanya lepas kuliah, saya bersihkan diri dan
berbaring-baring untuk rehatkan diri. Yelah, kadang-kadang tu tertidurlah
jugak! Opps! Tutup mata dan mulut! Petang-petang macam ni biasanya saya tak
ulangkaji sebab kepala hotak dah penat kan. So, biasanya saya baca novel, nap,
atau tengok cerita korea dalam laptop! Ha...Yang penting kita enjoy!!
7.00-9.00
Malam
Saya
menyediakan diri untuk solat Magrib dan Isyak. Tak lupa juga membaca ayat-ayat
suci Al-Quran. Ala, dua jam je, bukannya lama pun kalau nak dibandingkan dengan
masa yang dihabiskan dengan tengok cerita korea kan? Opps, diri ini terasa la
jugak.
Hmm,
apa lagi ya? Oh ya! Kalau saya rajin, biasanya saya dan member-member pergi
cafe untuk makan malam. Ini kalau rajin, kalau malas bancuh air milo je .
9.00-12.00
Malam
Selepas
solat, makan, sampailah masanya untuk menghadapi realiti. Mahu atau tidak,
korang kena ulangkaji. Begitu juga dengan saya. Biasanya saya ulangkaji dengan
kawan-kawan.
Nak
cakap tentang style study saya. Saya biasanya tak tunggu pensyarah suruh buat
baru saya buat. Kalau past year tu, sebaik sahaja habis sesuatu topik, saya
akan cuba buat past year dan juga tutorial. Bukan nak tunjuk rajin ke apa tapi
percayalah cakap saya, korang akan berjaya! Chewah! Satu kelebihan bila buat
past year awal-awal ni kan, korang tak payah nak bersusah-payah berhempas pulas
semasa study week. Saya biasanya hanya baca ringan-ringan je, kenapa? Sebabnya,
saya dah check awal-awal lagi jawapan past year dengan pensyarah dan saya study
apa kelemahan dan kekurangan saya contohnya calculation dll. Percaya atau
tidak. saya siap tengok episod terakhir kekasih ku seru sedangkan keesokan
harinya saya ada exam untuk akaun. Nak cakap kat sini yang kalau korang prepare
dan buat past year awal-awal, InsyaAllah korang akan lebih tenang dan yakin!
12.00-2.00
Pagi
Kalau
saya tak mengantuk, saya akan mengulangkaji tapi tak lebih daripada pukul dua
pagi. Itu sahaja.
Antara koleksi-koleksi gambar semasa saya di Kolej Matrikulasi Kelantan:
Saya(tudung berwarna hijau) bersama rakan karib saya ...
semasa majlis hari jadi saya sewaktu di Matrikulasi Kelantan
semasa majlis dinner di Matrikulasi Kelantan
semasa majlis berbuka puasa bersama rakan sekelas
semasa kitaorang buat bbq
That's all... tq for read and followed my story until the end....
No comments:
Post a Comment