Sunday, 8 May 2016

PENGALAMAN BELAJAR DI MATRIKULASI KELANTAN



Alhamdulillah, masih diizinkan olehNYA untuk menaip di blog ini...
Memandangkan baru-baru ini merupakan kemasukan para pelajar sesi 2015-2016 ke kolej-kolej matrikulasi, diri ini terasa terpanggil untuk berkongsi tentang pengalaman serta pahit manis sepanjang pembelajaran saya disana.
Ok. Bukanlah nak berbangga ke hape, tapi alhamdulillah, saya mendapat pointer yang agak cemerlang. Jujur saya katakan, saya lebih faham konsep-konsep subjek akaun sepanjang berada di sini kerana telah belajar dari form 4. Para pensyarah di sini juga sangat membantu dan baik-baik. Tapi kalau pensyarah saja yang berusaha untuk memajukan murid pon tak kena jugak. Kena lah ada usaha sendiri kan?
Seingat saya, jadual harian saya sangat padat. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke kolej matrikulasi Kelantan. So, korang kena reset balik mindset korang (reset mindset?). Korang kena berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Zaman sekolah dulu, ada satu benda yang saya tak dapat nak korbankan, iaitu TIDUR. Ya, T.I.D.U.R. Sekarang rasa menyesal tak sudah kerana merajakan tidur daripada belajar. Jadi, sebaik sahaja masuk ke matrik, saya mengorbankan waktu tidur saya. Ya, saya tahu ianya tak elok dan tak sihat tapi pada saya, tidur selama 5 jam sudah lebih daripada mencukupi.
Nak tahu jadual saya macam mana? Jom kita flashback balik!

6.00 Pagi

Bangun tidur, gogok gigi, cuci muka and of course, kena mandilah sebab kuliah sampai pukul lima beb. Badan nak kena segar, tak gitu? Dan jangan lupa solat. Mulakan hari dengan solat, barulah hidup diberkati dan belajar pun lebih mudah dan lebih faham kan? InsyaAllah...

7.15-8.00 Pagi

Kalau rajin, turun beli sarapan kat cafe dengan kawan-kawan, kalau malas, bancuh milo or nescaffe instant dalam bilik je. Dan jangan lupa untuk susun buku-buku ikut jadual (ala, macam zaman sekolah jugak). Saya paling tak suka kalau tak bawa buku or tertinggal buku, rasa macam tak best bila pinjam dengan member, sebab buku dia, buku dialah. Buku saya, buku saya. Pendek kata, ambil sedikit masa, ala lima minit je untuk susun buku ikut jadual, tak susah pun...Kan?

8.00- 1.00 Petang

Ha...Part ni paling kritikal. Ada yang tersengguk-sengguk, ada yang menari-nari dalam kuliah. Siap ada yang berdengkur lagi! Hahaha...Sebab tu perlu untuk kita bersarapan, kasi bertenaga sikit. Bagi yang gemarkan kopi, hah, minum kopi, kalau yang jenis minum milo, ha..minum milo. Bukan apa, kalau kita tak faham dalam kuliah, sukar untuk kita follow up nanti, unless you all jenis yang faham belajar tanpa cikgu. Kenapa penting untuk faham semasa kuliah? Jawapannya sebab masa. Masa. Kalau kita faham apa yang pensyarah ajar semasa dalam kuliah, kita akan dapat menjimatkan masa untuk ulangkaji. Maksudnya, lepas kuliah, korang boleh terus buat tutorial or past year papers. Tak adalah kena belek satu-satu apa yang ditulis semasa dalam kuliah. Faham kan apa maksud saya?
Hmm...Apa lagi ya? Key point paling penting kat sini adalah tumpukan perhatian dan aktifkan diri semasa dalam kuliah. kalau lembik, lesu, automatik kita akan kehilangan semangat untuk belajar...ok. Next!

1.00-3.00 Petang

Durasi masa ini pun sangat kritikal jugak. Kenapa? sebabnya, ini merupakan waktu rehat untuk para pelajar! Yeay!!! Eh, jangan dok yeay sangatlah. Haha...Masa inilah ramai yang balik ke bilik dan sambung tidur, dan ada yang terlepas kelas kerana tertidur dalam bilik. Saya? Of courselah tak balik bilik sebab saya tahu kalau saya balik bilik, saya akan tidak sedarkan diri sehingga waktu asar! So, untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku, saya lebih rela untuk tidak balik ke bilik. So, apa yang saya buat sepanjang dua jam? Karaoke? Shopping kat koop? gossip kat taman? Of courselah tak! Saya dan member baik sorang ni (namanya shibrah afiqah), biasanya selepas makan tengah hari, kami akan ke masjid. Jangan tanya apa kami buat kat masjid? Ada yang kena lambung-lambung nanti! Haha. Selain dapat pahala solat berjemaah, boleh jugak berkenal-kenalan dengan sahabat lain kan? Tapi saya tak nafikan kami berdua 'tertidur' dalam masjid. Opps! Tapi apa yang penting, ada orang tolong kejutkan dan kita tolong kejutkan orang. Saling tolong-menolong antara satu sama lain bukankah amalan mulia?

3.00-5.00 Petang

Dua jam terakhir adalah saat-saat mencabar. Kalau pagi dah tersengguk-sengguk, agaknya kalau petang macam mana? Berdengkurlah jawabnya! Motivasi saya sepanjang dua jam ini adalah katil. Nasib baik pensyarah untuk kuliah saya (kuliah tiga) sangat best (tak tahulah pandangan orang lain macam mana). Memanglah mengantuk tahap maksima tapi alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah tidur dalam kuliah. Bangga rasanya!

5.00-7.00 Petang

Inilah masa yang ditunggu oleh semua orang! Tipu kalau cakap tak. Ada yang kena lambung nanti! Haha. Biasanya lepas kuliah, saya bersihkan diri dan berbaring-baring untuk rehatkan diri. Yelah, kadang-kadang tu tertidurlah jugak! Opps! Tutup mata dan mulut! Petang-petang macam ni biasanya saya tak ulangkaji sebab kepala hotak dah penat kan. So, biasanya saya baca novel, nap, atau tengok cerita korea dalam laptop! Ha...Yang penting kita enjoy!!

7.00-9.00 Malam

Saya menyediakan diri untuk solat Magrib dan Isyak. Tak lupa juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ala, dua jam je, bukannya lama pun kalau nak dibandingkan dengan masa yang dihabiskan dengan tengok cerita korea kan? Opps, diri ini terasa la jugak.

Hmm, apa lagi ya? Oh ya! Kalau saya rajin, biasanya saya dan member-member pergi cafe untuk makan malam. Ini kalau rajin, kalau malas bancuh air milo je .

9.00-12.00 Malam

Selepas solat, makan, sampailah masanya untuk menghadapi realiti. Mahu atau tidak, korang kena ulangkaji. Begitu juga dengan saya. Biasanya saya ulangkaji dengan kawan-kawan.
Nak cakap tentang style study saya. Saya biasanya tak tunggu pensyarah suruh buat baru saya buat. Kalau past year tu, sebaik sahaja habis sesuatu topik, saya akan cuba buat past year dan juga tutorial. Bukan nak tunjuk rajin ke apa tapi percayalah cakap saya, korang akan berjaya! Chewah! Satu kelebihan bila buat past year awal-awal ni kan, korang tak payah nak bersusah-payah berhempas pulas semasa study week. Saya biasanya hanya baca ringan-ringan je, kenapa? Sebabnya, saya dah check awal-awal lagi jawapan past year dengan pensyarah dan saya study apa kelemahan dan kekurangan saya contohnya calculation dll. Percaya atau tidak. saya siap tengok episod terakhir kekasih ku seru sedangkan keesokan harinya saya ada exam untuk akaun. Nak cakap kat sini yang kalau korang prepare dan buat past year awal-awal, InsyaAllah korang akan lebih tenang dan yakin!

12.00-2.00 Pagi


Kalau saya tak mengantuk, saya akan mengulangkaji tapi tak lebih daripada pukul dua pagi. Itu sahaja.


Antara koleksi-koleksi gambar semasa saya di Kolej Matrikulasi Kelantan:

Saya(tudung berwarna hijau) bersama rakan karib saya ...



semasa majlis hari jadi saya sewaktu di Matrikulasi Kelantan





semasa majlis dinner di Matrikulasi Kelantan


semasa majlis berbuka puasa bersama rakan sekelas


semasa kitaorang buat bbq




That's all... tq for read and followed my story until the end....



PENGALAMAN 4 TAHUN BELAJAR DI UUM



Alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku dapat juga menyambungkan pelajar di universiti. Aku dapat menyambungkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat universiti yang berdekatan dengan rumahku. Tidaklah membebankan keluarga aku untuk mengeluarkan kos yang banyak untuk menghantar aku ke universiti seperti kawan yang lain yang tinggal jauh. Yalah, mana tidaknya rumah aku ke UUM hanyalah mengambil masa 30 minit sahaja. Pada 1 September 2015, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa UUM dengan rasminya. Semasa pendaftaran kakakku seorang sahaja yang hantar aku kerana barang aku terlalu banyak sehingga tiada tempat di dalam kereta untuk orang lain duduk. Gaya barang aku mengalahkan orang yang tinggal jauh.


Aku mendaftarkan diri di dewan Bunga Raya dan tinggal selama seminggu bagi program suai kenal pelajar baru. Semasa orentasi aku mendapat kawan semuanya  dari kedah yang tinggal berdekatan dengan UUM juga. Ramai juga kawan sekolah aku yang dapat sama kos dan sama universiti dengan aku, lebih kurang 10 orang jugalah. Rakan sebilik aku semasa suai kenal juga orang kedah yang tinggal di Gunung Keriang. Boleh dikatakan semua kawan aku di sini orang kedah, disebabkan itu mudah bagi aku nak berkomunikasi dan mudah bagi aku untuk bergaul. Orentasi selama seminggu memberi aku pengalaman dan kenangan bersama mereka yang tidak pernah aku kenali. Walaupun orang kata minggu suai kenal adalah yang membosankan tetapi bagi aku biasa sahaja. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa minggu suai kenal seperti sukaneka, senaman aerobik, permainan uji minda, dan juga lawatan ke bilik kuliah. Selesai program suai kenal kami balik ke Dewan Penginapan Pelajar (DPP) masing-masing. Berdasarkan surat tawaran aku ditempatkan di DPP Mas yang terletak di dalam yang dipanggil laluan A. 

Dulu waktu first time datang UUM untuk hantar borang permohonan, rasa kagum dengan keindahan dan pemandangan UUM. Tapi bila dah lama-lama kat sini, hmm rasa macam duduk dalam kem PLKN. Kebanyakan kawasan di UUM nih diliputi dengan kehijauan pokok-pokok. Tapi kawasan UUM nih memang sangat luas. Kalau naik motor then lalu kat Persiaran Perdana UUM, rasa macam tengah ride kat kawasan Damansara. 

Even UUM ni terletak dalam hutan sikit, tapi ada jugak lokasi-lokasi yang boleh menarik perhatian.
Kadang-kadang bila tengah jalan nak pergi kelas, nampak laa jugak student-student yang tengah seronok tangkap gambar even tengah-tengah panas. Haha. Bila aku kat UUM nih, aku suka tengok awan atau langit. Tak tahu la pasal apa. Nampak suasana awan dan langit kat sana lebih menyerlah berbanding kat tempat-tempat lain. Keindahan alam di uum buat aku terjatuh hati dengan alam semula jadinya...



For me, antara kawasan yang paling aku suka ialah area Water Fountain. Tempat nih terletak berdekatan dengan Bangunan Canselori. Kat area nih bila waktu pagi memang best sebab boleh lepak-lepak sambil makan-makan. Paling best kalau depa pasang air pancut, terasa mcm kat Tasik Darulaman pun ada. Air pancut kat sini memang cantik. Tapi tu laa, air pancut nih depa akan bukak bila ada event penting jaa contohnya mcm Konvokesyen. Kalau nak bukak saja-saja, hmm jangan harap laa. Biasa laa UUM, bab nak berjimat nombor satu.


Haa ni satu lagi tempat yang famous laa kat UUM. Nama tempat ni ialah Dewan Mu'adzam Shah atau DMAS. Dewan nih boleh dikata menjadi ikon UUM. First time masuk dewan nih waktu orientasi, memang kagum la jugak sebab dewan nih memang nampak grand. Then cuba tengok landskap kat luar dewan nih, boleh tahan hebatnya. Kat sini laa ramai orang sibuk nak ambil gambar terutamanya time konvo laa. Harap-harap, aku pun dapat laa jugak rasa konvo kat dewan nih pastu tangkap gambar kat landskap dewan nih. 



UUM pun ada stadiumnya tersendiri. Area stadium nih dikenali sebagai pusat sukan.
Walaupun stadium UUM nih tak sebesar Stadium Bukit Jalil, tapi pelbagai kemudahan ada kat sini. Kawasan pusat sukan nih pun dah cukup besar. Dalam pusat sukan nih jugak ada kolam renang and paling best sekali ada sauna. Sauna nih lebih kurang mcm tempat mandi air panas laa. Pusat sukan pun ada sediakan basikal untuk student, so boleh laa ride nak pusing satu UUM. Tu pun kalau larat laa nak pusing satu UUM. Aku pernah sekali round..letih giler dohh....



Antara yang famous tentang UUM nih jugak ialah ada litar Go Kart. Tak silap aku, UUM nih adalah universiti pertama dalam Malaysia yang ada litar Go Kart. Even aku dah 1 tahun kat sini, tapi tak pernah sekali pun aku try men go kart. Haha. Kalau untuk student, just bayar RM5 jaa pastu bleh pusing 3 round. Kira ok laa sebab litar kat sini memang besar. Ada lagi tempat sukan yang menarik contohnya padang memanah, ekuin dengan golf. Korang datangla sini..try menikmati kehidupan di UUM. Confirm korang x akan menyesal.


Hmm dekat UUM, ada 15 kolej kediaman atau kamsis. Tapi kat sini kami semua panggil DPP (dewan penginapan pelajar). Aku tinggal kat DPP MAS. DPP aku nih merupakan DPP pertama dan paling lama dekat UUM. Lokasi DPP aku nih tak berapa strategik sebab jauh dari kelas pastu jauh dari tempat makan yang menarik. Tapi Alhamdulillah, bilik DPP aku nih memang sangat luas berbanding DPP yang lain. Bilik DPP yang lain memang kecil. Cukup-cukup untuk 2 orang. Tapi bilik DPP aku luas, boleh laa untuk 3 orang. Line Wifi kat DPP aku pun memang laju berbanding DPP lain. 

Memandangkan ada 15 DPP, setiap DPP ada kafe tersendiri. Tapi tak kisah laa even dari DPP lain nak pergi makan kat DPP lain pun boleh. Selalunya, setiap cafe kat DPP ada menu istimewa. Kalau kat DPP Petronas, menu paling sedap tom yam. Memang dalam UUM nih, tom yam kat DPP Petronas nih laa paling best. Hmm kalau nak makan nasi kerabu paling best, kena la pergi DPP MISC. Nak makan murah, kena pergi DPP Proton Tapi dekat DPP aku, cafe tak berapa best. Dah la tak ada special menu, pastu mahal and tak sedap. So aku kena la merantau ke DPP lain. Lokasi setiap DPP agak jauh jugak, tapi aku tak kisah sebab ada motor. Hehe


Alright nak cita pasal akademik la sikit. Hehe. Kat UUM ada 3 buah jabatan atau kolej iaitu COB (college of business), COLGIS (college of government & international study) dan CAS (college of art & science). Aku punya course adalah under COB. 



OK.. That's all for today..hehe.. nanti ada free time aq story lagi ek...


VEGETARIAN PIZZA





I love cooking, very very love cooking that's why i create this blog today.
Now, i want to share to all of you about my pizza recipe which is my favorite..
It is just simple thing to make it..
You all just can follow my step correctly..
I'm sure you will be happy after you done prepared with follow my step and love..
So, now let’s try together with me!!!
I'm sure you are not regret.......


to make vegetarian pizza we must have all this ingredient which is :-
  • 1 quantity Basic pizza dough
  • 1 teaspoon olive oil
  • 1 small brown onion, finely chopped
  • 1 garlic clove, crushed
  • 1 small zucchini, coarsely grated
  • 1/2 x 400g can diced tomatoes
  • 1 tablespoon shredded fresh basil leaves
  • 1/2 medium red capsicum, thinly sliced
  • 1/2 medium green capsicum, thinly sliced
  • 4 (120g) bocconcini cheese, sliced
  • 1/2 cup grated reduced-fat mozzarella cheese


There are have 3 step to make vegetarian pizza.....
just followed this step..so, you all can make vegetarian pizza easily...


Step 1
  • Make pizza dough. Place base on a greased baking tray. Preheat oven to 240°C/220°C fan-forced.

Step 2
  • Heat oil in a saucepan over medium heat. Add onion, garlic and zucchini. Cook, stirring, for 5 minutes or until onion has softened. Add tomatoes. Bring to the boil. Reduce heat to mediumlow. Simmer for 5 minutes or until sauce has thickened. Add basil. Stir to combine.

Step 3
  • Spread pizza base with tomato mixture. Top with capsicum, bocconcini and mozzarella. Bake for 15 to 20 minutes or until cheese has melted and base is crisp. Serve.


That's all to make vegetarian pizza. Now, i'm sure you all can make it well.. Lets share it together recipe to make vegetarian pizza better well...



Thank you for read and followed my step to make pizza...

Saturday, 7 May 2016

PULAU KAPAS, TERENGGANU

Pada Selasa(3/5/2016) sehingga Jumaat(6/5/2016) minggu lepas saya telah mengikuti trip ke Pulau Kapas, Terengganu. Kami menjalankan aktiviti perkhemahan disana selama 3 hari..Semasa  disana saya telah mencari sedikit sebanyak kajian mengenai Pulau Kapas yang sangat indah dipandang sehingga dapat melupakan segala masalah yang dihadapi.




Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Lokasi Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di negeri Terengganu. Ia merupakan sebuah pulau peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu. Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan termasuk dalam daerah Marang, kira-kira 18 KM dari Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang ialah lebih-kurang 6 KM sahaja.

Pengangkutan ke Pulau Kapas

Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Kapas boleh menaiki bot di Jeti Marang. Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, terdapat agensi pelancongan yang turut menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan ke Pulau Kapas ialah:
  • Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau
  • Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,
  • Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu.
  • Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke Jeti Marang (lebih kurang RM30.00).
  • Perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM25.00 untuk pergi-balik.


Keistimewaan Pulau Kapas

Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Antara keistimewaan Pulau Kapas ialah:
Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik masik kekal terpelihara di Pulau Kapas.
Para penyelam skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar Pulau Kapas.
Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat mengagumkan.


Aktiviti menarik di Pulau Kapas

Beberapa aktiviti menarik di Pulau Kapas yang boleh anda lakukan semasa percutian anda ke sana seperti:
  • Mandi-manda.
  • Snorkeling.
  • Luncur angin.
  • Berkayak
  • Berkhemah.
  • Menaiki bot melihat tempat-tempat menarik.
  • Memancing.
  • Melihat suasana matahari terbenam.
  • Scuba diving.

Now, saya nak kongsikan pengalaman semasa saya di sana bersama raka-rakan saya yang mengikuti kem perkhemahan...
Dekat sini banyak pengalaman baru yang saya peroleh dari mereka semua..
Beajar menjadi seorang yang lebih yakin untuk menguruskan masalah dengan cekap dan berkesan...
I wish want day i will be a good leader one day !!!




This is me... cute x? haha.. my name Siti Nasyitoh .. you all can call me nana...



Now, saya nak tunjuk gambar saya dan group saya..semua ada 5 orang..
Gambar ni diambil sewaktu kitaorang tengah explorace....






Tapak perkhemahan tempat kami bermalam di sana....




Gambar ini diambil di hadapan tempat kami berkhemah... Kapas Coral beach Resort menawarkan pakej perkhemahan....I think you all must try it ..becouse perkhemah di tepi sangat menyeronokkan dan satu pengalaman yang sangat menarik...




Thank you for read my story and I will post another story if i'm free..